MAKLUMAT SISTEM PENGAJIAN

PENGENALAN

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) menawarkan program latihan kemahiran peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Matlamat setiap program akademik di KKTMBP adalah bagi menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan teknikal, kemahiran dan mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikannya terutama dalam industri pembuatan, di samping berpotensi menjadi usahawan dalam bidang teknikal.

KKTMBP menawarkan 5 program perdana peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Pembuatan secara sepenuh yang mendapat akreditasi dari MQA-ETAC iaitu:

  • DPN - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan DPN)
  • DAN - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
  • DPT - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
  • DRP - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • DMK - Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri

KKTMBP turut menawarkan 2 program akademik sepenuh masa yang mendapat akreditasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia iaitu:

  •  DGN – Diploma Teknologi Pembuatan

(Program akademik melalui Kerjasama dengan Institut Kemahiran MARA (IKM) Tsya, Pekan, Pahang)

  • DGG – Diploma Teknologi Pembuatan

(Program bagi lepasan graduan IKM yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang teknologi pembuatan)

SISTEM PENGAJIAN

Sistem pengajian akademik yang dilakasanakan di KKTMBP adalah berpandukan kepada sistem semester. Setiap tahun akademik di KKTMBP dibahagikan kepada 2 semester iaitu:

  • Semester Januari – Jun
  • Semester Julai - Disember

 

PELAKSANAAN KURSUS PENGAJIAN

Pelaksanaan kursus dalam setiap program akademik di KKTMBP bagi setiap semester pengajian adalah dianggap sebagai kursus yang berasingan. Setiap pelajar dikehendaki LULUS bagi setiap kursus yang diambil dalam setiap semester pengajian. Sekiranya pelajar GAGAL bagi mana-mana kursus dalam semester tersebut, pelajar hanya perlu mengambil semula kursus yang gagal pada semester berikutnya tanpa menjejaskan kursus lain yang telah lulus dalam semester tersebut.



PENASIHAT AKADEMIK

Penasihat akademik dilantik dari kalangan tenaga pengajar di KKTMBP mengikut program akademik. Setiap pelajar dalam setiap program akademik akan diletakkan dibawah pemantauan seorang penasihat akademik dari program akademik yang sama bagi memantau pencapaian akademik pelajar terlibat. Penasihat akademik juga berperanan bagi membantu pelajar merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka.

 

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi program pengajian peringkat Diploma yang ditawarkan di KKTMBP adalah seperti berikut:

  1. Program Perdana

(Sepenuh masa selama 6 semester atau minimum 3 tahun)

  • DPN - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan DPN)
  • DAN - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
  • DPT - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)
  • DRP - Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • DMK - Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri

 

  1. Program Kerjasama bersama IKM Tsya, Pekan, Pahang

(Sepenuh masa selama 6 semester atau minimum 3 tahun)

  • DGN – Diploma Teknologi Pembuatan

Semester 1 – semester 3 di IKM Tsya

Semester 4 – semester 6 di KKTMBP

 

  1. Program Lepasan Sijil IKM SKM Tahap 3 (Teknologi Pembuatan)

(Sepenuh masa selama 3 semester atau minimum 1.5 tahun)

  • DGG – Diploma Teknologi Pembuatan

 

WAKTU KULIAH

Waktu kuliah di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau  adalah seperti berikut:

  • Hari: Isnin hingga Jumaat
  • Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Hubungi kami

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau
Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Telefon : 04 – 866 5805 / 04 – 866 3670 (Hot Line)
No. Faks : 04 – 866 5741
Website : http://balikpulau.kktm.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/kktmbp
Twitter : https://twitter.com/kktmbp
Instagram : https://www.instagram.com/kktmbp

© Copyright KKTMBP 2025. Design & Development by UNIT ICT
KKTMBP tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search