Program ini akan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam industri pembuatan berasaskan pemesinan. Pelajar akan mempelajari kaedah pemesinan konvensional serta kaedah pemesinan bukan konvensional seperti pemesinan CNC dan pemesinan pemotongan laser. Pelajar akan menggunakan perisian kejuruteraan dalam merekabentuk produk seterusnya merancang proses pembuatan yang diperlukan untuk pengeluaran produk.

Di samping kemahiran teknikal, pelajar juga diberi penekanan dalam kemahiran insaniah seperti kemahiran merancang, pengurusan masa, kerja berpasukan, pembentangan dan kemahiran menulis laporan yang menjadi kriteria penting dalam bidang pekerjaan.

Kandungan Silibus :

Semester 1
Conventional Turning, Workshop Practices, Engineering Metrology, Engineering Drawing, Engineering Science, Engineering, Mathematics 1, English For Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika, Dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1
Semester 2
Manufacturing Processes, Conventional Milling, Computer Aided Design, CNC Turning Technology, Statics And  Dynamics, Engineering Mathematics 2, English For Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum
Semester 3
Sheet Metal Fabrication, Grinding Practices, CNC Milling Technology, Mechanic Of Materials, Precision Technology, Engineering Materials, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah Dan Isu Moral
Semester 4
Manufacturing Project, Electrical And Sensor Fundamental, Project Proposal, EDM Practices, CAD/CAM Technology, Pneumatic And  Hydraulic, Technopreneurship 1
Semester 5
Production Operation Management, Machine Element Design, Final Year Project, Advanced Manufacturing Processes, Quality Management, OSHA, Technopreneurship 2
Semester 6
Industrial Training, Industrial Training (Technopreneur)                                                                                                                                           

   Programme Learning Outcome (PLO)

Peluang Kerjaya:

Graduan yang berjaya berpotensi untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Juruteknik Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Pemesinan Industri, Juruteknik Senggaraan, Jurumesin CNC, Juruteknik CAD/CAM, Juruteknik Pengeluaran, Perancang Pengeluaran, Juruteknik Servis dan Pemasangan, Juruteknik R&D, Pengajar Teknikal, Juruteknik QC/QA, Usahawan Teknikal, Eksekutif Jualan Teknikal, Penolong Jurutera Rekabentuk, Pengaturcara  CAM.