Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik), (singkatannya DAN) adalah salah satu cabang program yang ditawarkan selama 3 tahun di KKTM Balik Pulau.

Program DAN akan melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam melaksanakan perancangan, rekabentuk, fabrikasi, pemasangan dan membaikpulih acuan suntikan plastik seiring dengan industri pembuatan negara.

Bagi menambah daya saing, pelajar akan pelajari perisian terkini dalam menganalisa dan merekabentuk produk serta acuannya seperti Moldflow dan Pro-Engineer.

Manakala, bagi menghasilkan acuan yang berkualiti dan kejituan tinggi, pelajar didedahkan  dengan mesin yang berteknologi  terkini  dan beroperasi menggunakan kawalan berkomputer (CNC) dilengkapi pemesinan terbantu komputer (CAD/CAM).

Selain mempelajari kursus teknikal pelajar juga akan mendapat kemahiran insaniah bagi melengkap graduan untuk menjalani latihan industri di akhir semester dan seterusnya menempuhi alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

Kandungan Silibus :

Semester 1
Workshop Practices, Conventional Turning, Engineering Metrology, Engineering Drawing, Engineering Science, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Perspektif Islam, Teori Etika Dan Amalan Moral, Co-Curriculum
Semester 2
Introduction To Mould, Mould Design 1, Computer Aided Design, Conventional Milling, CNC Turning Technology, Engineering Mathematics 2, English For Communication 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum
Semester 3
Mould Analysis (CAE), Mould Design 2, CNC Milling Technology, Grinding Practices, Manufacturing Processes, Occupational Safety And Health Act, Engineering Materials, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah Dan Isu Moral
Semester 4
Advanced Mould Manufacturing, Mould Manufacturing, Project Proposal, CAD/CAM Technology, EDM Practices, Statics And Dynamics, Technopreneurship 1          
Semester 5
Injection Moulding Machine, Final Year Project, Quality Management, Electrical And Sensor Fundamental, Pneumatic And Hydraulic, Technopreneurship 2         
Semester 6
Industrial Training, Industrial Training (Technopreneur) 

     Programme Learning Outcome (PLO)

Peluang Kerjaya:

Graduan yang berjaya berpeluang menyertai kerjaya dalam bidang rekabentuk mekanikal, pemesinan, rekabentuk acuan, CNC programmer, industri pengeluaran, kejuruteraan projek, kualiti, pengurusan projek, Perundingan perindustrian dan Penyelidikan & pembangunan.