Pelajar

• Tempoh pendaftaran pelajar tidak melebihi dua jam bagi setiap pelajar pada hari pedaftaran.
• Setiap pelajar akan menerima semua kemudahan yang terdapat di KKTM sebaik sahaja diterima masuk menjalani latihan di     KKTM.
• Proses pembayaran elaun tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
• Semua pelajar akan dilatih oleh pensyarah yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran tinggi.
• Kandungan silibus dari alatan pembelajaran / latihan adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
• Pembelajaran penilaian akan dijalankan secara adil dan profesional.
• Firma yang diiktiraf sahaja dipilih untuk tujuan latihan industri (On Job Training).
• Keputusan peperiksaan akan diumumkan 1 bulan selepas tarikh akhir peperiksaan setiap semester.
• Diploma akan dikeluarkan kepada pelajar yang berketrampilan setelah tamat 2 tahun pengajian.

Kepada Ibu Bapa / Penjaga

• Laporan tindakan disiplin pelajar akan dimaklumkan 24 jam selepas hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tindakan Tatatertib KKTM.
• Keselamatan pelajar akan dipastikan terjamin semasa berada di KKTM.

Kepada Pembekal

• Pesanan Kerajaan (LO) peringkat KKTM akan dikeluarkan:-
- Dua Minggu selepas sebutharga ditutup bagi pembelian kurang RM20,000.00.
- Tiga Minggu selepas sebutharga ditutup bagi pembelian RM20,000.00 – RM49,999.99.
- Dua Bulan selepas sebutharga ditutup bagi pembelian melebihi RM50,000.00.

• Pembayaran akan dibuat dalam 3 minggu selepas barangan / perkhidmatan diterima / diselesaikan dengan sempurna.

Kepada Industri

• Akan menyumbangkan sumber tenaga separa profesional yang berkualiti, berdisiplin dan patriotik.
• Akan menyediakan latihan yang relevan kepada keperluan industri.
• Akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan serta mempunyai budaya kerja yang baik & setanding dengan  DIPLOMA yang diterima.