KEMUDAHAN

Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di KKTM BP untuk keperluan dan kegunaan pelajar. Antaranya adalah: 

  • Sukan dan rekreasi - menyediakan kemudahan sukan seperti gimnasium, gelanggang badminton, bola tampar, gelanggang futsal sepak takraw dan sebagainya.
  • Asrama - menyediakan penempatan bagi 1000 pelajar.
  • Surau - kemudahan surau yang terletak berhampiran dengan blok kolej kediaman dan blok pentadbiran.
  • Pusat media dan makmal komputer - kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran.
  • Hotspot area (Free Wifi).
  • Pusat sumber - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku dan bahan bacaan.
  • Koperasi - menyediakan kafeteria, kedai menjual barang-barang keperluan seperti alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan.
  • Dewan makan

 Kemudahan Sekitar Kampus

  • Terletak berhampiran pusat bandar kira-kira 5 kilometer dari kampus. Kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi dengan kemudahan jaringan lebuh raya. Antara kemudahan di sekitar KKTM BP adalah seperti :
  • Bank - kemudahan bank seperti Maybank dan BSN lokasinya terletak di pusat bandar.
  • Masjid - kemudahan masjid yang banyak menjadikan KKTM BP lebih selesa. Terdapat hampir 5 buah masjid dikawasan sekitar institusi ini dan kebanyakannya terletak dalam lingkungan 5 km dari kampus.
  • Pejabat Pos - kemudahan Pejabat Pos lokasinya terletak pusat bandar.
  • Pengangkutan Awam – kemudahan bas dan teksi merupakan kemudahan pengangkutan awam yang lazim digunakan di sini serta terminal bas di pusat bandar.
  • Klinik & Hospital Besar Balik Pulau - kedudukan yang hampir dengan kampus sekiranya pelajar mengalami masalah kesihatan atau mengalami kecederaan semasa berada di KKTM Balik Pulau.