Syarat Kemasukan Pelajar

Pemohon hendaklah mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:-

  • Mempunyai minat dan kecenderungan yang tinggi dalam bidang Kemahiran dan Keusahawanan
  • Seorang yang amanah, berdikari dan berbudi pekerti mulia
  • Memiliki keyakinan diri yang tinggi dan bermotivasi
  • Bersedia menerima dan mematuhi arahan dan peraturan dengan penuh berdisiplin
  • Mempunyai hasrat dan keinginan yang tinggi untuk mengubah masa hadapan diri yang lebih cemerlang dan gemilang

SYARAT AM KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Taraf Bumiputra / Bumiputra Sabah dan Sarawak
  3. Berumur 17 tahun ke atas
  4. Sihat tubuh badan
  5. Lulus SPM atau setara

SYARAT KHAS KEMASUKAN

LULUS SPM atau SETARA dengan (3) KEPUJIAN dalam mata pelajaran berikut:

  1. Matematik
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain mengikut Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  3. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
  4. Lulus Bahasa Inggeris
  5. TIDAK RABUN WARNA (Bagi Program Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri)

 TEMPOH PENGAJIAN

    • 3 tahun (36 bulan)

 BANTUAN KEWANGAN

  1. YURAN PENGAJIAN dibiayai oleh MARA sekerinya berkelayakan
  2. ELAUN SARA HIDUP disediakan
  3. Pelajar SABAH dan SARAWAK, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke Semenanjung sekali sahaja semasa pengajian
  4. Pelajar SABAH ke SARAWAK dan SARAWAK ke SABAH, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi sekali sahaja semasa pengajian
  5. Pelajar SEMENANJUNG, MARA menyediakan tambang tiket kapal terbang pergi dan balik ke SABAH dan SARAWAK sekali sahaja semasa pengajian

 

PERHATIAN

  1. Pelajar-pelajar TIDAK perlu membayar balik Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup dan Tambang Tiket Kapal Terbang setelah tamat pengajian KECUALI pelajar yang melanggar perjanjian yang ditandatangani
  2. YURAN PEDAFTARAN perlu dibayar pada setiap semester
JIKA INGIN MENDAPATKAN PENJELASAN DENGAN LEBIH LANJUT, SILA BERHUBUNG DENGAN:
PUAN ZAFRINA BINTI ISMAIL (PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI / UNIT PROMOSI) DITALIAN:-
H/P: 016-4364188      Pejabat: 04-8660094