PENGENALAN

Program Latihan Industri merupakan satu aktiviti pembelajaran di luar KKTM / IKM supaya pelajar mendapat pendedahan yang sewajarnya kepada suasana pekerjaan sebenar. Justeru itu, Buku Panduan Latihan Industri diwujudkan sebagai panduan dan rujukan pegawai untuk melancarkan proses pengurusan dan pelaksanaan latihan.

Dengan adanya panduan ini, pelaksanaan Latihan Industri akan berjalan sepertimana yang dirancangkan. Aktiviti pelajar seperti hal ehwal, disiplin dan kebajikan akan dapat disempurnakan oleh pihak KKTM / IKM dan juga pihak industri / organisasi luar.

 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  • Mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar.
  • Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di KKTM / IKM untuk dipraktikkan semasa Latihan Industri.
  • Mendisiplinkan pelajar dalam suasana pekerjaan.
  • Memberi pendedahan asas keusahawanan kepada pelajar yang ingin menceburi bidang Keusahawanan Teknikal setelah tamat latihan.
  • Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam Sistem Latihan Kemahiran MARA.
  • Sebagai salah satu syarat pengiktirafan JPA / MQA bagi tujuan penganugerahan Diploma / Sijil.

 DASAR LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri merupakan satu program yang cukup penting bagi meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar secara praktikal selain daripada latihan yang disediakan semasa aktiviti pembelajaran di KKTM / IKM.

Semua Pelajar KKTM / IKM adalah diwajibkan menjalani Latihan Industri dalam tempoh di antara 20 minggu hingga 26 minggu bergantung kepada keperluan program. Dalam tempoh latihan ini, pelajar akan dihantar ke syarikat awam dan swasta. Ini adalah berdasarkan kepada keperluan JPA dan MQA bagi tujuan pengiktirafan Sijil atau Diploma. Oleh itu, bagi memenuhi keperluan ini satu dasar Latihan Industri yang jelas perlu diwujudkan, ia merangkumi empat aspek utama iaitu :

  • Urusan Pentadbiran
  • Penempatan
  • Pemantauan
  • Penilaian